mutakhir

Jalan Kiulu-Tamparuli ditutup

Oleh Recqueal Raimi

JALAN Kiulu-Tamparuli berhampiran Kampung Malangang, Kiulu dekat Tuaran ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh, hari ini.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tuaran, Adzizah Suzi@ Suzianah Akul berkata, tanah runtuh pada 12.10 tengah hari itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan pada sebelah pagi menyebabkan tebing bukit di kawasan berkenaan runtuh.

"Ia menyebabkan lumpur membawa sisa pokok kayu meliputi laluan berkenaan dan menghalang lalu lintas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, JKR Tuaran dibantu agensi berkaitan sudah ke lokasi untuk kerja pembersihan.

"Buat sementara waktu, pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif dengan memasuki simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Malangang menghala ke Malangang Lama seterusnya Kampung Tombung sebelum keluar semula ke Jalan Kiulu-Tamparuli," katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2017 @ 2:45pm
d