mutakhir

3 suspek pecah rumah ditahan

Oleh Mohd Khidir Zakaria

POLIS menahan tiga lelaki di Cyberjaya yang disyaki pecah rumah di Dataran Segar, Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pecah rumah kira-kira 10 pagi, 28 April lalu.

"Tiga suspek berusia 26 hingga 35 tahun yang menaiki kereta Mazda memecah masuk rumah mangsa dan melarikan Mercedes-Benz E250 berharga RM250,000. Mereka kemudian melarikan diri melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) ke ibu kota.

"Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek di rumah di Cyberjaya, 8 malam keesokan hari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kereta Mazda yang digunakan suspek adalah kereta klon.

Beliau berkata, mereka mempunyai 12 kes jenayah lampau berkaitan pecah rumah, samun, curi kereta, senjata api dan dadah.

Adzli berkata, suspek kini direman di IPD Cheras bersabit kes lain dan akan direman pihaknya selepas itu mengikut Seksyen 457/397A Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: May 9, 2017 @ 3:28pm
d