utama

Ketua Polis Daerah pula ditahan SPRM

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

DUA Ketua Polis Daerah dan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman enam hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Perintah tahanan reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini sehingga 22 Mei.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 12.40 tengah malam hingga 4.05 pagi hari ini, di Melaka.

Semua suspek yang ditahan berusia antara 32 hingga 54 tahun manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ia adalah kes sama membabitkan tiga pegawai polis dan tiga orang awam ditahan reman enam hari bermula hari ini pada prosiding sebelah pagi di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sehingga kini, seramai sembilan individu ditahan reman berhubung kes berkenaan.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 6:48pm
d