mutakhir

Direman lima hari

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

INSPEKTOR polis direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini, bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM5,000 sebagai balasan agar tidak mendakwa dan memfailkan satu kes di mahkamah.

Perintah reman bermula hari ini hingga 22 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret, hari ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu direman kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan agar tidak mendakwa dan memfailkan kes di mahkamah terhadap pengadu berkaitan kes mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu membuat ugutan jenayah.

Difahamkan, Inspektor itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1.10 tengah hari semalam di IPD berkenaan.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 12:30pm
d