mutakhir

UNIC raih RM100,000

Oleh Syanty Octavia Amry

Kuala Lumpur: Juara Gema Gegar Vaganza musim pertama (GGV1) menjadi milik kumpulan UNIC, malam ini.

 Kumpulan yang dianggotai oleh Bazli, Fakhrulradhi dan Wan Najdi itu berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan Astro dan trofi.

Naib juara dimenangi oleh Hijjaz membawa pulang RM30,000 dan trofi manakala kumpulan Mirwana mendapat tempat ketiga membawa pulang RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Azmi Saat yang membawa pulang RM15,000 dan trofi, kelima Hafiz Hamidun (RM10,000 dan trofi) dan keenam Saujana (RM5,000 dan trofi).

Konsert akhir GGV disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan dipancarkan terus ke saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD ( saluran 135).

Diadili 100 peratus oleh juri profesional iaitu Oki Setiana Dewi dan Farihin Abdul Fattah manakala juri jemputan ialah Datuk Siti Nurhaliza.

 Anugerah Gema Terindah pada minggu akhir dimenangi oleh Azmi Saat dan Anugerah Persembahan Pilihan Penonton dimenangi oleh Hijjaz.

   Pada persembahan akhir ini peserta mempertaruhkan lagu-lagu seperti Fatamorgana (Hijjaz), Ya Rasulullah (Mirwana), Penerang Hati (Saujana), Ainul Mardhiah (UNIC), Damai Yang Hilang (Azmi Saat) dan  Nur Kasih (Hafiz Hamidun).

   Sementara itu, untuk persembahan kedua melalui pusingan 'battle' mereka mempersembahkan lagu-lagu seperti Alhamdulillah (Hijjaz & Mirwana), Kalah Dalam Menang (Saujana & UNIC) dan Aku Maafkan Kamu (Azmi & Hafiz Hamidun).

 

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 12:41am
d