utama

Rempuh untuk peminat

Walaupun dianggotai pemuzik berpengalaman, Rampage tetap menganggap mereka sebagai orang baru.

Band yang dianggotai pemain dram Search, Yazit, Moq (penyanyi), Zham (bass), Jemboo (gitar) dan Rithan (gitar) ini turut berbangga apabila diundang mengadakan persembahan sempena Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, baru-baru ini yang dihadiri lebih 20,000 penonton.

Yazit berkata, ia adalah pengalaman yang mahal kerana Rampage bukanlah nama besar berbanding band popular lain.

“Sebenarnya kami sudah menjayakan dua persembahan setakat ini tapi tak dihebohkan kepada peminat.

“Ia satu permulaan yang baik dan sebagai kumpulan baru, kami sememangnya mengharapkan kerjasama pelbagai pihak untuk memperkenalkan Rampage kepada peminat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 8:06am
d