mutakhir

Kapal peronda KM Arau tiba dari Jepun

Oleh Amniera Naziera Amran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah hari ini menerima KM Arau, kapal peronda pesisir pantai (OSV) sumbangan Kerajaan Jepun.

Kapal sepanjang 87 meter itu selamat tiba di jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar, Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, KM Arau adalah kapal yang terbesar yang dimiliki oleh APMM negeri setakat ini.

"KM Arau mula berlayar dari Pelabuhan Habu Innoshima, Jepun pada 31 Mei lalu dan mengambil masa tujuh hari untuk tiba di sini hari ini.

"Selepas ini, kapal akan kembali belayar ke Pelabuhan Klang pada 9 Jun bagi majlis penamaan kapal terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Menyambut Ketibaan KM Arau hari ini.

Disiarkan pada: June 7, 2017 @ 2:04pm
d