utama

Mat Rukun temukan Zoey & Elisya

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Jarak usia bukan penghalang buat pasangan ini mencipta keserasian dalam drama bersiri Mat Rukun yang bakal ditayangkan di saluran Tonton pada Julai ini dan di TV9 tidak lama lagi.

Baik Zoey Rahman, 32, mahupun Elisya Sandha, 18, kedua-dua mereka berjaya mewujudkan keserasian dalam tempoh singkat.

Meski ini gandingan sulung mereka di kaca TV, masing-masing dapat membuang sikap kekok dan gemuruh semata-mata ingin menampilkan hasil lakonan bermutu.

Menurut Zoey yang juga pengacara TV, kerjasama baik dan komitmen tinggi diberikan Elisya memudahkan proses penggambaran.

“Pada mulanya saya tak mengenali Elisya. Saya hanya diberitahu dia adik Fasha Sandha. Jadi saya pun membuat carian di Internet dan mengkaji serba sedikit mengenai dirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 17, 2017 @ 3:23am
d