mutakhir

Mayat mangsa lemas ditemui

Oleh Ayusliza Azizan

MAYAT warga emas yang lemas ketika menjala ikan di pesisir pantai Morib, Banting, petang semalam, ditemui terdampar lapan kilometer dari lokasi kejadian, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, mayat Juani Mohd, 61, ditemui oleh orang awam pada 12.45 tengah hari.

"Mayat ditemui terdampar di pantai di belakang Hotel Gold Coast Morib.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat, " katanya.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Juani dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Disiarkan pada: June 29, 2017 @ 2:58pm
d