mutakhir

Dua warga Nepal didakwa tawar suapan RM100<strong> </strong>

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Bukit Mertajam: Dua pekerja kilang warga Nepal didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam atas tuduhan menawarkan suapan kepada seorang anggota polis, awal bulan ini.

Biswakarma Hiran dan Tamang Dhan Bahadur mengaku bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan juru bahasa mahkamah dalam Bahasa Hindi di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Bagaimanapun, pengakuan salah itu ditolak mahkamah apabila kedua-dua tertuduh tidak bersetuju dengan fakta kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat bersama menawarkan suapan RM100 kepada Konstabel Simon Pasang Anak Kana sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Tamang kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Disiarkan pada: July 11, 2017 @ 7:09am
d