mutakhir

Angkara mahal 2 sen

Oleh Azma Razana Johari

Permatang Pauh: Akibat menaikkan harga telur dua sen, seorang pemborong berhadapan tindakan tegas diberi notis tunjuk sebab oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang dalam Op Catut di Pasar Awam Sama Gagah di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNKK Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata, pemeriksaan di kedai berkenaan mendapati pemborong terbabit menjual sebiji telur gred A pada harga 41 sen.

“Harga pasaran sebiji telur gred A ialah antara 38 hingga 39 sen, tetapi pemborong berkenaan menjualnya pada harga 41 sen dan kami mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya.

“Tempoh tiga hari diberikan untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan dan jika gagal kami akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap pemborong berkenaan. Pemeriksaan turut membabitkan 60 gerai di pasar berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 18, 2015 @ 5:11am
d