mutakhir

200 penduduk terjejas banjir [METROTV]

Oleh Nur Saliawati Salberi

LEBIH 50 rumah membabitkan 200 penduduk di Kampung Pantai Kundur, Melaka, terjejas akibat banjir kilat mulai jam 5 pagi, hari ini.

Difahamkan, banjir berlaku selepas hujan lebat tidak henti sejak jam 2 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri, Leftenan Kolonel Effendy Ali, bagaimanapun berkata sehingga tengah hari ini, tiada pusat pemindahan dibuka namun anggotanya sudah ditugaskan memantau kawasan banjir.

“Selain Kampung Pantai Kundur, turut terjejas beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah, antaranya Bachang, Ayer Keroh dan Kesidang.

“Bagaimanapun, semua lokasi terbabit berada dalam keadaan terkawal kecuali Kampung Pantai Kundur. Banjir disebabkan limpahan air beberapa anak sungai," katanya.

Disiarkan pada: July 31, 2017 @ 1:01pm
d