mutakhir

Tak padan sudah bercucu

Oleh Zulfa Mohamad

LELAKI berusia 61 tahun yang sudah mempunyai lima cucu antara 20 penagih ditahan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seberang Prai Utara (SPU) di Bakau Tua, Kepala Batas, hari ini.

Lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kuala Muda, Penaga mengambil dadah sejak 20 tahun lalu.

Turut ditahan dalam operasi bermula 5 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai peniaga ikan.

Seramai 10 penguat kuasa AADK SPU terbabit dalam operasi di kawasan berkenaan yang disifatkan kawasan 'panas' dalam SPU.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983.

Semua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Reman (PTR) untuk perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut.

Disiarkan pada: August 10, 2017 @ 11:24am
d