mutakhir

Bot ekspress langgar tongkang

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

BOT ekspres dalam perjalanan dari Sibu ke Kapit melanggar tongkang muatan kayu di Sungai Batang Rajang, di Kapit semalam.

Kejadian 5.30 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jurucakap Lembaga Sungai Sarawak (LSS) berkata, 60 penumpang berjaya keluar dari bot yang dapat berhenti di tebing sungai.

Menurutnya, pasukan bomba yang dimaklumkan kejadian pada 5.45 petang bergegas ke lokasi untuk pemantauan.

"Sebaik tiba di lokasi, bot berkenaan sudah berada di tebing sungai dan semua penumpang sudah keluar.

"Hanya beberapa pekerja bot berkenaan yang masih berada di dalam pengangkutan air itu untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, setakat ini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan LSS dan pemandu bot akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Disiarkan pada: August 16, 2017 @ 12:52pm
d