utama

Welson pecah rekod Sukan SEA

Oleh Jugjet Singh

WELSON Sim Wee Sheng bukan saja memenangi emas pertama Malaysia untuk renang malah memecah rekod Sukan SEA apabila mencatat masa 3:50.26 acara 400m gaya bebas di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Rekod Sukan SEA untuk acara itu ialah 3:53.97 juga rekod peribadinya yang dibuat di Sukan SEA 2015 apabila memenangi emas di Singapura.

Welson mendahului sejak permulaan dan setiap pusingan dia menjarakkan dirinya semakin jauh dari perenang lain diiringi sorakan penyokong yang gamat.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, antara yang turut menonton acara itu.

Seorang lagi perenang, Tern Jian Han, gagal meraih pingat apabila hanya mencatat 26.38s bagi final acara 50m kuak lentang berbanding catatan terbaiknya 26.12s yang dibuat di Terbuka Malaysia di Melaka, tahun ini.

Disiarkan pada: August 21, 2017 @ 9:23pm
d