utama

0.01 mata penentu emas

Oleh Ajitpal Singh & Syafiq Aznan

BEKAS juara wushu dunia Ho Mun Hua meraih pingat emas acara nanquan lelaki pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Mun Hua mengutip 9.67 mata bagi merangkul pingat emas kelima skuad negara dalam sukan wushu setakat ini selepas mengatasi peserta Vietnam, Phan Quoc Khanh dengan perbezaan 0.01 mata.

Atlet Brunei, Sufi Shayiran Roslan menang pingat gangsa dengan 9.65 mata.

Ia pingat kedua Mun Hua selepas sekadar memenangi gangsa dalam acara nandao-nangun semalam.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 10:09am
d