mutakhir

Maut motosikal dirempuh kereta

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

PEKERJA kedai peralatan rumah maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta di Kilometer 6, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat, malam tadi.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa, Mohd Nasrun Syahmi Aziman, 21, maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kubang Batang di Tumpat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian mangsa dilanggar kereta yang dipercayai hilang kawalan dari arah bertentangan.

"Kereta terbabit turut terbabas dan melanggar pagar Balai Polis Wakaf Bharu.

"Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: August 22, 2017 @ 5:29pm
d