utama

Balingan emas Grace Wong

Oleh Aida Adilah Mat

ATLET baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei membuka tirai hari ketiga acara olahraga dengan khabar gembira apabila berjaya meraih pingat emas, hari ini.

Lebih mengujakan, Grace Wong turut memperbaharui rekod temasya apabila membuat catatan 59.64 meter dalam acara final yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

Dia melakar rekod baru temasya dwitahunan itu pada balingan pertama.

Rekod lama temasya sebelum ini adalah 56.57m dilakukan oleh Mingkamon Koomphon dari Thailand dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.

Pingat perak dan gangsa dimenangi dua atlet Thailand, Mingkamon (56.15 meter) dan Panwat Gimsrang (54.88 meter).

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 4:17pm
d