rap

Ayda empat Dayang pun empat

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI Dayang Nurfaizah dan Ayda Jebat muncul sebagai artis Malaysia paling banyak menerima pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 yang bakal berlangsung di Singapura pada 14 Oktober depan.

Dayang dan Ayda mendominasi empat pencalonan menerusi enam kategori yang dipertandingkan.

Dayang yang popular dengan lagu Lelaki Teragung tercalon bagi kategori Artis Terbaik (Wanita), Lagu Terbaik (Malaysia), Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.

Sementara itu, Ayda yang terkenal menerusi lagu Nakal Nakal Nakal pula tercalon dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), Ikon Media Sosial, Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.

Acara berprestij itu akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura dan boleh disaksikan menerusi Astro Ria, jam 9 malam.

APM2017 menggabungkan karya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 7:04pm
d