arena

Buru empat emas renang

Oleh BERNAMA

MALAYSIA akan memburu pingat emas dalam empat daripada enam acara final renang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 malam ini.

Welson Sim, Wong Fu Kang, Eylinn Tan Yilin dan 4x100m rampaian lelaki akan beraksi pada final acara renang yang menutup tirai hari ini di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Fu Kang mara ke final 50m kuak dada lelaki selepas merekod masa 29.55s, melayakkannya menduduki tempat ketujuh dalam saringan.

Eylinn melayakkan diri di tempat kelapan dengan masa 27.09s, untuk mara ke final 50m gaya bebas wanita.

Sementara itu Welson dan 4x100m rampaian lelaki layak ke final secara automatik.

Welson akan beraksi dalam final 1,500m gaya bebas lelaki.

Disiarkan pada: August 26, 2017 @ 12:07pm
d