mutakhir

Banjir kilat selepas sejam hujan

Oleh Safuri Kamarudin

HUJAN lebat selama sejam menyebabkan banjir kilat di Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, Baling hari ini.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan rumah penduduk di kawasan rendah dinaiki air dengan cepat.

Seorang penduduk, Abd Kadir Jelani, 50, dari Kampung Carok Bendang Tanjung Pari berkata, air naik sehingga 0.5 meter.

Katanya, beberapa kampung berdekatan turut dinaiki air iaitu Kampung Batu 60, Batu Lapan, Seri Ketengga dan Tanjung Pari.

"Air Sungai Ketil melimpah dengan cepat kerana hujan lebat di hulu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 7:02pm
d