mutakhir

Tercampak keluar dari kereta

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria

SEORANG lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya putus dua dalam kemalangan di Kilometer 20.3, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, arah Port Dickson berhampiran Lukut, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang, lelaki berusia 30-an itu memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer 2.0 GT berkonvoi bersama sembilan kenderaan lain menuju ke Port Dickson.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, setibanya di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki itu hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

"Mangsa tercampak keluar dari kereta sehingga badannya terputus dua," katanya yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihak APM dan polis masih berada di tempat kejadian untuk menyiasat.

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 7:00pm
d