mutakhir

Hati-hati di laluan Gerik-Jeli

Oleh DJ Dolasoh

PENGGUNA yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dinasihatkan berwaspada berikutan berlakunya tanah runtuh di Kilometer 140 JRTB, di Gerik, kira-kira 3 petang ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata runtuhan itu tidak menghalang lalu-lintas namun dikhuatiri berlakunya runtuhan susulan.

Menurutnya, lokasi runtuhan itu adalah lokasi lama yang pernah berlaku kejadian sama.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) daerah dan BWSB (Belati Wangsa Sendirian Berhad) sudah dimaklumkan dan sedang dalam tindakan pembersihan serta pemantauan.

“Tindakan awal sudah diambil dengan menyediakan papan tanda amaran di lokasi itu dan pengguna diminta berhati-hati ketika melalui kawasan itu," katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2017 @ 6:32pm
d