mutakhir

Bomba lewat terima maklumat [METROTV]

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

KIRA-kira 18 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pisang dan Kampung Sim-Sim, dekat Sandakan, 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah hari dan lebih 20 anggota dikejar ke lokasi kejadian bersama empat jentera bomba.

"Sebaik tiba, api sudah marak dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.

“Kami menerima panggilan kecemasan lewat dan ketika kejadian angin bertiup kencang menyebabkan api merebak dengan pantas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera.

Disiarkan pada: September 29, 2017 @ 4:18pm
d