• Lapan pekerja kilang dan dua lelaki cedera apabila bas dan kereta bertembung di Jalan Labu, berhampiran Taman Gadong Jaya, Nilai.
• Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tipu seorang pensyarah RM30,000 berkaitan pembinaan rumah, dua tahun lalu.
• Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.
• Tiga lelaki yang aktif pecah rumah dan kilang sekitar Pulau Pinang dikenali sebagai 'Geng Yus Bumbung' ditahan polis dalam serbuan di Georgetown.
• Empat MoU ditandatangani Malaysia dan Qatar membabitkan bidang latihan untuk diplomat; pendidikan tinggi; kerjasama dalam aktiviti perundangan dan kehakiman.
• Dua Pembantu Penguasa JKDM Perlis mengaku tidak bersalah meminta dan menerima rasuah daripada seorang nelayan serta bersubahat atas kesalahan itu.