mutakhir

Maut dihempap pokok durian

Oleh Mohd Nazllie Zainul

LELAKI 76 tahun meninggal dunia selepas pondok dalam kebunnya di di Kampung Kalangaan, dekat Penampang, dihempap pokok durian yang tumbang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, Podtung @ Gowonod Talah, 76, berada dalam pondok terbabit ketika pokok durian berhampiran, tumbang menghempap pondok berkenaan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian itu disedari saudaranya yang kemudian menghubungi anak mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superitendan Rosley Hobden, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.30 tengah hari daripada anak mangsa.

Rosley berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan mendapan tanah berikutan cuaca buruk dan hujan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumah mangsa di Kampung Terian, Penampang, untuk pengebumian.

Disiarkan pada: October 20, 2017 @ 11:05pm
d