utama

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

Oleh Shamsul Munir Safini

TIGA mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan sudah dikeluarkan manakala 11 lagi pekerja masih tertimbus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, kesemua 14 pekerja tertimbus dan bukannya lebih 15 seperti maklumat awal.

Katanya, sepanjang kira-kira 35 meter itu menimbus 14 pekerja yang sedang bekerja di bahagian bawah di kawasan pembinaan bangunan itu.

Menurutnya, tiga mayat mangsa yang sudah dikeluarkan termasuk dua lelaki Indonesia seorang lagi masih belum dikenalpasti.

Saadon berkata, pihaknya mengalami kesukaran ekoran keadaan tanah yang basah dan berlumpur dan sedang berusaha mengesan baki mangsa yang tertimbus.

“Difahamkan, 12 mangsa yang tertimbus berada di kawasan dekat cerun manakala mayat tiga mangsa yang dikeluarkan berada berjauhan dari cerun,” katanya.

Kejadian tanah runtuh sebenarnya di kawasan pembinaan rumah mampu milik di Tanjung Bungah, Georgetown. Projek bangunan 50 tingkat itu masih di peringkat awal pembinaan.

Berita berkaitan

T'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Disiarkan pada: October 21, 2017 @ 2:12pm
d