mutakhir

Sarjan polis disyaki rasuah

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SARJAN polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan selepas disyaki meminta rasuah RM1,800 di restoran di Pengkalan Datu, Kota Bharu, 3 petang, hari ini.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kerana meminta rasuah daripada lelaki dipercayai pengedar dadah sebagai dorongan menyelesaikan kes berkaitan dadah.

Anggota yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu itu kemudian dibawa ke pejabat SPRM Kelantan untuk siasatan lanjut.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Kota Bharu esok untuk permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek itu dan kes masih dalam siasatan lanjut.

"Selepas menerima aduan mengenai kegiatan anggota itu, kita menahannya di restoran.

"Suspek ini disiasat Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Disiarkan pada: November 21, 2017 @ 7:35pm
d