mutakhir

PM lawat Laman Media [METROTV]

Oleh Mohd Nasif BadruddinFairul Asmaini Mohd PilusSuraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Di sebalik kesibukan mengikuti perbahasan hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempat meluangkan masa melawat pusat operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib, Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Najib yang diiringi Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut meluangkan masa bertanya khabar selain melayan permintaan wartawan serta jurufoto untuk berswafoto.

Disiarkan pada: December 9, 2017 @ 2:01am
d