mutakhir

Air pasang besar, 100 penduduk terjejas

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Lebih 100 penduduk di Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri terjejas akibat air pasang besar sejak 10 malam semalam.

Kejadian itu mengakibatkan limpahan air laut ke jalan raya sehingga paras satu meter mengakibatkan pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik menggunakan laluan bertentangan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng berkata, pihaknya turut ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.10 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sekurang-sekurangnya 20 perahu berhampiran kampung nelayan di kawasan itu terpaksa dialihkan ke tengah jalan bagi mengelak dihanyutkan ombak.

"Bagaimanapun, tidak membabitkan sebarang kemalangan dan perpindahan," katanya.

Katanya, untuk sementara waktu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan tidak menggunakan jalan berkenaan sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu,Tinjauan Harian Metro mendapti sekurang-kurangnya lima kenderaan masih terkandas akibat limpahan air sehingga menutup laluan kenderaan di kawasan itu.

Disiarkan pada: December 20, 2017 @ 12:48am
d