mutakhir

Jumpa BMW 520i suspek bunuh

Oleh Mary Victoria Dass

KERETA BMW 520i yang digunakan suspek kes bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, 17 Disember lalu ditemui di kebun kelapa sawit di Ayer Baloi, Pontian, 3 petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kereta bewarna putih tanpa nombor plat ditemui hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya yakin penemuan kereta yang sebelum ini dilaporkan hilang di Ipoh, Perak itu mampu membantu siasatan.

Bagaimanapun katanya, polis tidak menemui sebarang senjata di dalam kenderaan berkenaan termasuk pisau yang digunakan bagi menikam mangsa.

"Secara keseluruhannya 15 tangkapan dilakukan dan ia terdiri daripada 11 lelaki dan seorang wanita.

"Hasil siasatan dilakukan seramai tiga lelaki dan seorang wanita akan dibebaskan.

"Polis juga sedang memburu tiga suspek bagi membantu siasatan dan dipercayai mereka masih di dalam negara ini," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahruhari ini.

Dalam kejadian 17 Disember lalu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, maut akibat tikaman ke jantung.

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan kereta BMW 520i.

Berita berkaitan

Hutang dadah punya hal [METROTV]

Suspek tikam, gilis direman seminggu [METROTV]

Perang kongsi gelap: 2 ditahan

[UPDATE] Angkara dendam kongsi gelap

Ditikam, dilanggar, digilis sampai mati [METROTV]

Disiarkan pada: December 27, 2017 @ 6:04pm
d