itmetro

10 telefon pintar pilihan 2017

Oleh Afiq Hanif

Telefon pintar menjadi gajet paling banyak menembusi 2017 dengan pelbagai pilihan dan perubahan spesifikasi yang lebih canggih.

IT@Metro memilih 12 fon pintar pilihan sepanjang tahun ini yang sempat direviu dan dibelek bagi pandangan pertama.

1. Siri Huawei Mate 10

Antara fon paling mencuri tumpuan tahun ini, Huawei Mate 10 sememangnya gajet menawan dan berbeza daripada yang lain.

Terdapat tiga versi Mate 10 iaitu Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design. Ketiga-tiganya hebat pada menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0.

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

2. iPhone X

iPhone X tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X(dibaca iPhone 10). Melainkan harga, inovasinya boleh dipuji sebagai perubahan Apple yang menarik.

3. Samsung Galaxy S8, S8+

Kalau satu perkataan perlu dipilih untuk memberi gambaran mengenai Samsung Galaxy S8 atau S8+, penulis akan menaip pantas, ‘gorgeous’ atau cantik. Apatah lagi selepas Samsung mengubah skrin depannya daripada 16:9 kepada 18.5:9. Sedikit memanjang sekali gus menambah keseluruhan skrin seolah-olah tanpa bezel.

4. Huawei P10+

Fon P10 Plus meneruskan kehebatan fotografi kamera fon yang semakin canggih. Mencuba lensa Leica jenis Summilux-H f/1.8 OIS yang memasukkan lebih banyak cahaya. Ini bermakna gambarnya lebih cantik.

5. iPhone 8+

Jika dilihat pada salah satu fungsi iPhone 8 Plus iaitu Portrait Lighting, itulah yang membezakan cip. Segala-galanya terasa cepat bergerak sebaik jari dileretkan di skrin seolah-olah iPhone 8 Plus itu melampau pantasnya meskipun longgokan aplikasi dipasang dalam fon.

6. Nokia 8

Nokia 8 menjadi model terbaru dan senjata kepada syarikat HMD Global mempertaruhkan ‘flagship’ di pasaran telefon pintar yang fokus kepada kamera tapi menariknya keupayaan mod ‘Bothie’ baru yang menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang beroperasi serentak jadi anda boleh merakam mana-mana imej di belakang telefon serta wajah anda (kamera depan).

7. Honor 8 Pro

Honor Malaysia menjual telefon pintar Honor 8 Pro yang mempunyai kuasa pemprosesan Kirin 960, RAM sebanyak 6GB dan storan 64GB. Telefon terbabit mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci Quad HD dengan rekaan aluminium di samping pengimbas cap jari belakang.

8. Xiaomi Mi A1

Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia. Mi A1 mempunyai spesifikasi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM sebanyak 4GB dibantu storan dalaman 64GB.

9. Huawei Nova 2i

Paling menarik, dwikamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa. Kamera belakangnya mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilkan foto yang jelas.

10. Neffos X1 Lite

Harga murah dengan pengimbas cap jari. X1 Lite yang dijual pada harga RM499 bagi paparan 5.0 inci jenis 1280 x720 piksel untuk skrin depan yang turut dilengkapkan pemprosesan MTK MT6750 (4 x Cortex-A53 1.5GHz + 4 x Cortex-A53 1.0GHz).

Disiarkan pada: December 28, 2017 @ 2:49pm
d