mutakhir

Gempa bumi lemah di Tongod

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.6 dikesan di Tongod, Sabah, 8.40 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia dikesan pada kedudukan 5.3 Utara dan 117.3 Timur pada kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran mungkin dirasai di sekitar Tongod," kata kenyataan itu.

Disiarkan pada: January 5, 2018 @ 10:11am
d