mutakhir

Padah cuba sogok polis

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

LELAKI warga Pakistan direman tujuh hari sehingga Isnin ini selepas dipercayai memberi rasuah sebanyak RM200 kepada anggota polis agar dilepaskan kerana tidak memiliki lesen memandu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy terhadap lelaki berusia 24 tahun di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, suspek ditahan kira-kira 8 malam kelmarin selepas memberikan rasuah sebanyak RM200 kepada anggota polis yang menjalankan tugas rondaan di Ayer Puteh, Kemaman.

Suspek yang bekerja di sebuah ladang dipercayai bertindak sedemikian sebagai balasan agar anggota polis terbabit melepaskannya kerana tidak memiliki lesen memandu.

Disiarkan pada: January 9, 2018 @ 7:24pm
d