mutakhir

Warga Myanmar ditahan kendali bot tempatan

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di 4.4 batu nautika, barat daya Pulau Talang, Lumut, 5.20 petang semalam.

Pemeriksaan mendapati warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 3 Lumut Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, bot nelayan itu ditahan anggota bot Petir 80 yang sedang melakukan rondaan.

“Tekong dan awak-awak warga asing itu berusia 37 dan 41 tahun. Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan bot terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggaji pekerja asing.

“Bot bersama tekong dan awak-awak kemudiannya dibawa ke jeti Kampung Baru, Sitiawan untuk siasatan lanjut,” katanya pada kenyataan.

Disiarkan pada: January 12, 2018 @ 11:21am
d