mutakhir

Direman 21 hari [METROTV]

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

LAPAN individu termasuk dua wanita berusia 18 hingga 50 tahun yang terbabit pelbagai jenayah termasuk pecah rumah dan curi motosikal di daerah Kota Setar direman 21 hari bermula hari ini mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013

Perintah itu dikeluarkan Majistret Arif Mohamad Shariff selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya mengikut peruntukan Seksyen 4 (1) (a) POCA.

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Nurul Faraheen berkata, semua individu terbabit direman mulai hari ini hingga 17 Februari depan.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kelapan-lapan suspek terbabit direman antara empat hingga tujuh hari sebelum ini bagi membantu siasatan atas pelbagai kes jenayah di sekitar daerah Kota Setar.

"Saya sahkan semua direman pagi ini atas beberapa aktiviti jenayah di Kota Setar," katanya kepada Harian Metro tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu, semua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar 9 pagi menaiki kereta dan van polis.

Disiarkan pada: January 28, 2018 @ 4:43pm
d