mutakhir

Tiga dijel rasuah pegawai JPNT [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Tiga lelaki termasuk seorang tauke balak dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Mereka dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah memberi rasuah antara RM300 hingga RM1,000 kepada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT).

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh, Wong Kam Choy, 54, Tan Ya Loon, 36, dan Mohamad Bakri Hassan, 41, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Wong yang juga tauke balak didakwa memberi rasuah RM1,000 kepada ejen kerajaan Malaysia, Penolong Pegawai Hutan JPNT, Ilias Awang dalam Mukim Kijal, Kemaman, jam 1.30 tengah hari, 8 Jun 2017.

Tan yang juga pengurus kilang kayu pula didakwa memberi suapan wang RM500 kepada ejen kerajaan Malaysia, Pengawas Hutan JPNT, Wahab Omar di Sungai Nilai, Mukim Hulu Nerus, Setiu, pada 4.15 petang, 28 Ogos 2017.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 11:39am
d