Tanaman pagaran antara yang tidak kurang menariknya dalam menyerlahkan keindahan taman.
Malah, ia turut membentuk penanda kawasan atau sempadan selain memberikan mood privasi buat anda.
Biasanya tanaman pagaran ditanam rapat-rapat dalam barisan sama.
Terdapat beberapa spesies disarankan untuk tanaman pagaran antaranya Duranta repens, Acalypha siamensis (teh-tehan) dan Plumbago capensi selain pokok palma mahupun buluh turut dikenali tumbuhan penghalang.
Tip penyediaan dan penanaman pagaran.
• Untuk pagar disarankan menggunakan pokok berketinggian kurang 60 sentimeter (sm).
• Tanah campuran sudah sedia diadun kebanyakan nurseri boleh dimasukkan dalam lubang yang digali.
• Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.
• Lakukan penyiraman dua kali sehari dan kuantiti air tidak perlu berlebihan supaya ia tidak mudah reput.
• Bentuk pokok mengikut cita rasa dan kesesuaian.