utama

Empat kilang hangus

Oleh Hadzlihady Hassan

LEBIH empat kilang musnah dalam kebakaran berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

Kebakaran bermula 10.30 malam dan sehingga kini pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman.

Difahamkan, setakat ini kilang yang diketahui musnah adalah kilang kotak dan plastik dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran terbabit.

Sementara itu, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengesahkan operasi mereka tidak terjejas akibat kebakaran itu dan ia tidak membabitkan kompleks kargo berhampiran seperti yang tular di media sosial.

“Operasi berjalan seperti biasa walaupun kebakaran berlaku di Batu Maung berhampiran lapangan terbang,” katanya.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 1:08am
d