mutakhir

Kementerian Pertahanan lancar pelan induk perumahan ATM [METROTV]

Oleh HM Digital

Port Dickson: Kementerian Pertahanan, semalam melancarkan Pelan Induk Perumahan kementerian itu bertujuan menyelaras semua program perumahan yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelan induk itu membabitkan lima program utama iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

Ia turut membabitkan Program Baik Pulih Kediaman Veteran 1 Malaysia (1MVHRP), Inisiatif Rumah Idaman serta mewujudkan pusat sehenti sebagai pemudah cara dalam urusan pemilikan rumah untuk golongan terbabit.

“Di bawah pelan induk ini, sebanyak 40,627 unit RKAT akan dibina di seluruh negara menjelang tahun 2030. Jumlah ini termasuk 9,096 unit yang sudah dan sedang dibina.

“Perumahan SASaR pula dijual pada harga antara RM150,000 hingga RM250,000,” katanya.

Disiarkan pada: April 4, 2018 @ 9:14am
d