mutakhir

Gempa bumi lemah landa Ranau

Oleh BERNAMA

SATU gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 10.12 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 6.1 utara dan 116.6 timur, kira-kira 17 kilometer (km) di barat laut Ranau.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu,” katanya.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian terbabit.

Disiarkan pada: April 4, 2018 @ 11:22pm
d