bisnes

11 sekolah tangani isu isu pemuliharaan alam [METROTV]

Oleh Lizam Ridzuan

UMW Toyota Motor melancarkan Program Toyota Eco Youth 2018 (TEY) edisi ke-18 dengan penyertaan 11 sekolah dari seluruh negara dalam membantu pemuliharaan alam sekitar di negara ini.

Presidennya, Ravindran K berkata, matlamat utama program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah untuk menerapkan amalan terbaik dalam pengurusan sisa buangan serta menangani masalah berkaitan isu pemuliharaan alam sekitar serta pengurangan pembebasan gas karbon dioksida.

“Peserta juga sudah diberikan latihan selama tiga hari untuk mendedahkan mereka lapan langkah dan kaedah penyelesaian masalah yang diamalkan oleh Toyota (8 Step Toyota Problem Solving Methodology and Techniques).

“Bertemakan ‘Pengurusan Sisa Buangan’, program tahun ini memberi penekanan terhadap penyelarasan berkaitan bersama agensi kerajaan, masyarakat setempat dan kelompok kepentingan awam dengan meminimumkan sisa buangan untuk alam sekitar yang lebih baik” katanya ketika majis pelancaran di Subang Jaya, hari ini.

Toyota Eco Youth 2018 dijangka mengambil masa tiga bulan untuk diselesaikan dalam mengenal pasti projek, kerja kaji selidik dan aktiviti berkaitan penyelesaian dengan penilaian akhir akan dilakukan pada Ogos nanti.

Sekolah yang terbabit akan dinilai secara berterusan bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 untuk tempat pertama hingga ketiga juga RM1,000 untuk kategori lain.

Disiarkan pada: April 5, 2018 @ 11:41pm
d