mutakhir

DUN Selangor bubar [METROTV]

Oleh Norrasyidah Arshad

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini, bagi memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan.

Istiadat pembubaran disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, dalam satu istiadat ringkas sebentar tadi.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor setebal 12 muka surat.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon perkenan pembubaran DUN Selangor.

Yang turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya serta barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 11:27am
d