mutakhir

Calon dua beradik curi tumpuan

Oleh Ernalisa Othman

CALON BN bagi kerusi DUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang dan adiknya, Mazlan Bujang, yang mewakili PKR bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, menarik perhatian di pusat penamaan calon di Dewan Taman Pelangi Indah, dekat Johor Bahru.

Kedua-dua beradik itu dilihat saling bersalaman sebelum memasuki pintu utama dewan berkenaan bagi mengemukakan kertas penamaan calon masing-masing bagi kedua-dua kerusi yang terletak di bawah Parlimen Tebrau.

Maulizan bertanding bagi kerusi yang disandangnya selama empat penggal, manakala Mazlan pertama kali bertanding.

Disiarkan pada: April 28, 2018 @ 11:16am
d