mutakhir

Bina dewan serbaguna RM7.7 juta

Oleh HM Digital

Johor Bahru: Dewan Serbaguna lengkap pelbagai kemudahan bernilai RM7.7 juta di Kampung Bakar Batu, di sini akan dibina kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Dewan Muafakat Johor Kampung Bakar Batu, di sini, yang dibangunkan di tapak seluas 2.32 hektar itu dijangka siap awal Januari tahun depan.

Datuk Bandar MBJB, Amran A Rahman berkata, dewan itu dilengkapi empat gelanggang badminton, ruang makan tertutup, perpustakaan mini, bilik solat, pejabat pentadbiran dan kemudahan asas seperti padang bola sepak serta tempat letak kenderaan.

Katanya, dewan serbaguna memainkan peranan yang sangat penting terhadap komuniti penduduk di suatu kawasan untuk dijadikan sebagai tempat perjumpaan umum dengan tujuan sosial, keraian dan juga rekreasi.

“Walaupun terdapat alternatif dalam bentuk dewan persendirian atau swasta yang lain, tetapi sudah tentu kadar sewa bagi dewan berkenaan yang lebih tinggi berbanding dengan kadar sewa dewan yang disediakan oleh MBJB
atau kerajaan,” katanya.

Disiarkan pada: May 4, 2018 @ 6:50am
d