mutakhir

SPRM ucap tahniah

Oleh Fazrik Kamarudin

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Shukri Abdull atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, seluruh warga SPRM mengalu-alukan pelantikan Mohd Shukri bagi menerajui SPRM.

"SPRM berharap beliau dapat menyempurnakan amanah, tanggungjawab dan harapan rakyat bagi memastikan negara ini bebas daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa," katanya, hari ini.

Mohd Shukri sudah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016.

Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Disiarkan pada: May 18, 2018 @ 10:22am
d