mutakhir

Bau busuk jadi petunjuk

Oleh Norasikin Daineh

BAU busuk dari bilik sewa di bangunan tingkat 2, Lorong Sinsuran, Kota Kinabalu, jadi petunjuk apabila mayat lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan reput, semalam.

Mayat R Vasudevan, 57, ditemui seorang lelaki selepas terhidu bau busuk di bilik berkenaan pada 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan seorang lelaki yang tinggal di bilik sewa di Sinsuran sudah lama tidak kelihatan dan terdapat bau busuk dari bilik itu.

"Pengadu meminta polis datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, mayat lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terbaring dan telah reput serta berbau, dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dan tiada tanda kecederaan pada mayat," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 2:16pm
d