mutakhir

Mangsa banjir Perak menurun

Oleh Balqis Jazimah Zahari

MANGSA banjir di Perak menurun kepada 135 orang daripada 35 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) berkata, pengurangan keseluruhan membabitkan 26 orang daripada lapan keluarga berbanding 161 mangsa daripada 43 keluarga yang dilaporkan berada di tiga PPS petang semalam.

"Satu daripada tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok Trong di Taiping ditutup pada 4 petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu di daerah Kerian meningkat sedikit kepada 62 orang daripada 19 keluarga.

Katanya, mangsa di PPS SK Changkat Lobak pula kekal seramai 73 orang daripada 16 keluarga.

Disiarkan pada: May 31, 2018 @ 10:09am
d