global

Pengerusi Korea Air Lines disiasat

Oleh Reuters

PENGERUSI syarikat penerbangan Korea Selatan, Korea Air Lines, Cho Yang-ho dilaporkan tiba di pejabat pendakwa bagi disoal siasat berhubung tindakan mengelak membayar cukai dan beberapa tuduhan lain.

Sebelum ini, berita mengenai anak perempuannya, Cho Hyun-min yang menyimbah air kepada salah seorang pekerja syarikat pengiklanan mencetus perdebatan dalam kalangan masyarakat, mengenai penyalahgunaan kuasa oleh konglomerat milik keluarga atau chaebol di Korea Selatan.

Insiden itu turut mendorong siasatan dilakukan ke atas beberapa ahli keluarganya.

Disiarkan pada: June 28, 2018 @ 9:54am
d