mutakhir

UMNO Johor beri kerjasama kepada SPRM

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

UMNO Johor akan memberi kerjasama kepada pihak berkaitan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan pembekuan akaun parti negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO Johor juga tidak tahu sebab sebenar akaun dibekukan.

"Kita (UMNO Johor) akan beri kerjasama sepenuhnya. Kenapa dan sebab apa dibekukan pun kita tidak tahu," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, mengesahkan akaun UMNO Johor sudah dibekukan hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai bila surat atau pemakluman diterima UMNO Johor mengenai perkara itu.

Berita berkaitan

Beku akaun aniaya pekerja parti - Asyraf

UMNO sedia beri kerjasama penuh - Zahid

SPRM ada kuasa beku akaun UMNO - Muhyiddin

Akaun UMNO dibeku SPRM

Disiarkan pada: June 29, 2018 @ 12:33pm
d